Laman Utama

  "SELAMAT TAHUN BARU 2012"

SEKTOR PSIKOLOGI & KAUNSELING

JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

TEL: 04-7404331 FAKS: 04-7321035

e-MEL: This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

Terima kasih kerana anda telah memilih portal ini untuk dilayari. Hal ini kerana bukan senang bagi seseorang untuk membuat pilihan dalam mencari sesuatu yang diperlukan pada ketika tertentu. Justeru, pilihan anda untuk bersama-sama dalam portal ini memberikan gambaran bahawa sesuatu perlu kami sediakan  secara profesional, berkualiti, dan berintegriti agar pelayar portal ini memperoleh apa-apa yang diperlukan.

Selain itu, pilihan anda pada ketika ini suatu bentuk sokongan yang amat kami perlukan, apa tah lagi portal ini boleh diakses secara maya merentasi sempadan dunia secara global. Pun begitu, kami juga mengharapkan anda dapat memberikan apa-apa pandangan secara berfokus, tulus, dan telus. Perkara ini penting kerana ia membuka ruang kepada penambahbaikan, peningkatan kualiti, dan pemantapan profesionalisme kepada  pihak kami sebagai pengendali portal ini.

Portal ini harus dilihat sebagai suatu ruang maya yang boleh anda terokai pada bila-bila masa untuk mendapatkan maklumat secara khusus tentang Perkhidmatan Kaunseling Organisasi di Jabatan ini. Selain itu, ia memberi peluang kepada anda untuk berinteraktif dengan Kaunselor di Jabatan ini melalui e-mel. Oleh itu, anda boleh pada ketika tertentu menjadi klien kepada kaunselor secara maya bagi membincangkan apa-apa isu tentang diri sendiri atau berkaitan dengannya tanpa perlu bersemuka dengan kaunselor . Pun begitu, ada etika perkhidmatan yang perlu dipatuhi. Hal ini penting untuk dinyatakan kerana kami menawarkan Perkhidmatan Kaunseling yang profesional, berintegriti dan berkualiti.

Selamat melayari portal ini, dan terokainya untuk memperoleh manfaat yang dihasratkan.
PROGRAM/AKTIVITI SPsK JANUARI 2012
Written by Admin SKP   
Wednesday, 07 July 2004

1. Tarikh: 04-30 Jan 2012 - Pemantauan Merit Perkhidmatan Psikologi Kaunseling Organisasi, Tempat: Sekolah-sekolah Terpilih Daerah  Kubang Pasu, Kota Setar, Pendang, Balik/Sik dan Padang Terap.

2. Tarikh: 5 Jan 2012- Mesyuarat Pengurusan SPsK Bil. 1/2012.  Masa: 8.30 pg. Tempat: SPsK.

3. Tarikh: 17 - 18 Jan 2012 - Taklimat Star Rating & SPAN BPsK KPM. Masa: 8.30 pg - 5.00 ptg. Tempat: BPsK KPM

4. Tarikh: 26 Januari 2012 - Mesyuarat Pengurusan Perkhidmatan PsK JPN/PPD Bil. 1/2012. Masa: 9.00 pg. Tempat: BTPN.

5. Tarikh: 30 - 31 Januari 2012 - Mesyuarat Pembinaan SOP Pengurusan Pegawai Untuk Perkhidmatan PsK.          Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang . Tempat: BTPN Selangor.

Last Updated ( Thursday, 05 January 2012 )
 
PEMANTAUAN MERIT PsK ORGANISASI 2012
Written by Admin SKP   
Friday, 24 April 2009

1. SPsK JPN Kedah akan meneruskan pelaksanakan Pemantauan Merit Psikologi Kaunseling Organisasi Tahun 2012 kepada sekolah-sekolah terpilih (Men/Ren). Pemantauan ini menggunakan Instrumen Pemantauan Merit PsK Organisasi yang telah dibangunkan oleh SPsK dalam bulan Januari 2011.

2. Intrumen tersebut mengandungi empat merit/elemen iaitu i) Pengetahuan Tentang Perkhidmatan PsK Organisasi, ii) Sikap Terhadap Perkhidmatan PsK Organisasi, iii) Pengurusan Kakitangan Kurang Berfungsi, dan iv) Keperluan Sekolah Terhadap Perkhidmatan PsK Organisasi.

3. Kumpulan sasaran pemantauan ini ialah pihak pengurusan sekolah yang terdiri daripada Pengetua dan Guru Besar. Hal ini kerana tujuan pemantauan ini ialah untuk mengetahui Merit atau kedudukan sebenar Perkhidmatan PsK Organisasi JPN/PPD mengikut pandangan (view point) pihak pengurusan sekolah, di samping mengenal pasti keutamaan (priority) yang telah diberikan oleh sekolah kepada perkhidmatan ini.

4. Dapatan daripada pemantauan ini diharapkan dapat membantu SPsK memperkemaskan perkhidmatannya dan membimbing pihak sekolah menguruskan isu-isu pembangunan modal insannya dalam kalangan guru dan staf.

Last Updated ( Monday, 02 January 2012 )
 
KURSUS SPsK 2012
Written by Admin SKP   
Wednesday, 22 April 2009

Salah satu fungsi SPsK ialah merancang dan melaksanakan kursus berkaitan Perkhidmatan Kaunseling. Justeru, pada tahun 2012,dan sebelumnya SPsK mengambil pendekatan merancang dan melaksanakan kursus berasaskan sekolah. Hal ini bermakna kursus-kursus yang dirancang adalah di sekolah, dan  berdasarkan permohonan serta keperluan pihak sekolah. Sehubungan dengan itu, SPsK menawarkan perkhidmatan personalia (tenaga) kepada pihak sekolah untuk melaksanakan kursus-kursus berkaitan Motivasi Kerja, Pengurusan Stres, Pembinaan Pasukan, Integriti, Pementoran, Pembimbing Rakan Sekerja, Pengendalian Ujian Psikologi dan Kesihatan Mental. UNTUK KETERANGAN LANJUT, PIHAK SEKOLAH DIMINTA MENGHUBUNGI TERUS KAUNSELOR JPN MELALUI TALIAN 04-7404330 ATAU MENGGUANAKAN E-MEL SPsK.

eTesi - INOVASI & KREATIVITI SPsK

BERSEMPENA DENGAN PENYERTAAN SPsK DALAM KONVENSYEN INOVASI & KREATIVITI (KIK) JPN KEDAH PADA 21-22 JUN 2011, eTesi TELAH DIBANGUNKAN. eTesi ialah Temujanji Kaunseling Elektronik yang boleh diakses pada ikon Pautan. Oleh itu, Klien dalam kalangan warga pendidikan negeri Kedah boleh membuat temujanji secara on-line kepada Kaunselor-Kaunselor Organisasi JPN/PPD. Insya-Allah, temujanji anda akan dilayan pada kadar SEGERA!

Last Updated ( Monday, 02 January 2012 )
 
More...
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Results 1 - 4 of 5

User Menu

Buku Pelawat

Login Form






Lost Password?
No account yet? Register

Petunjuk

ALBUM PERISTIWA

215065_268796356467401_100000111157420_1254773_2790226_n[1].jpg

Maklumat Anda

Your IP
38.107.179.217
United States United States :
Browser
Unknown Browser Unknown Browser
Operating System
Unknown Operating System Unknown Operating System